BENGKEL MENJAWAB SOALAN SAINS SESI 2 SKTH

Secara keseluruhannya aktiviti bengkel teknik – teknik menjawab soalan Sains dijalankan dengan baik dan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan pada 27 Julai 2010 ( Selasa ) dan seramai 70 orang pelajar dipilih untuk menyertai sesi bengkel yang diadakan. Seramai 70 orang pelajar hadir semasa bengkel dijalankan. Bengkel teknik menjawab soalan ini telah memberikan pendedahan dan pengetahuan yang amat berguna terutamanya pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Aktiviti yang dijalankan banyak melibatkan dan mendapat maklumbalas daripada pelajar sendiri. Penggunaan slaid powerpoint dan bahan-bahan fotostat banyak memberikan banyak input dalam menjayakan bengkel ini. Penceramah yang berpengalaman memberi kesan yang positif terhadap bengkel

yang telah diadakan.

 







Mula